Saturday, 21 June 2014

SPM (berbahasa agak baku) haha

Terlalu sibuk dengan sesuatu yang melalaikan sehingga alpa akan tanggungjawab yang dipikul. Hari demi hari di hitung, sedar tak sedar hanya tinggal beberapa jam  sahaja masa mempersiapkan diri untuk menempuh peperiksaan spm pada tahun ini.
Harapan besar ibu bapa hanya lah untuk melihat kejayaan anaknya dalam peperiksaan ini. Tapi aku terlalu alpa dengan kenikmatan hidup yang diberi.

tidak pernah merasai kesusahan hidup kerana terlalu mewah dengan pemberian mama dan ayah. Tapi Itu bukan lah sebab utama kenapa perlu bersikap begini. Sering di ingatkan oleh mama bahawa aku masih tidak mengenali dunia luar. Pelbagai dugaan dan cabaran bakal ditempuh, semua itu tidak semudah  yang dijangka. Disebabkan itu lah mama sering memberi peringatan bahawa betapa pentingnya pendidikan zaman sekarang .

gdluck for SPM's Trial on 2nd Sept and SPM on 3rd November. 

Monday, 9 June 2014

Coretan

Tidak semua manusia yang inginkan realiti hidup yang menyakitkan.
Mengapakah yang indah semua hanya lah mainan igauan.
Mengapakah wujudnya kesakitkan, kesensaraan, penderitaan dalam hidup ini.

Mengapakah begitu payahnya untuk mencapai kebahagiaan hidup, walhal untuk mendapat keperitan, kepayahan dalam hidup adalah amat mudah.

Setiap pengenalan mesti wujudnya satu perasaan dan setiap perjumpaan mesti wujudnya perpisahan. Mungkin inilah yang dikata cebisan sebuah cerita kehidupan..

Segala yang berlaku haruslah dijadikan sebagai pengajaran pada diri.
Jadikan ia sebagai kekuatan diri untuk terus maju kehadapan.
Simpan semua 1001 kenangan untuk dijadikan sebagai bingkisan hidup.